Wednesday, October 8, 2014

DSKP TMK Tahun 5

STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH TAHAP II: TAHUN 5

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Tahap Penguasaan & Standard Prestasi
1.0           Mengenal Rangkaian Komputer

( 4 Jam )



1.        Menerangkan konsep rangkaian
2.        Menerangkan medium rangkaian: wayar dan tanpa wayar
3.        Menyatakan kegunaan rangkaian
4.        Membuat ilustrasi model rangkaian
1.              Menyatakan maksud, kegunaan dan medium rangkaian
2.              Menjelaskan medium    wayar dan tanpa wayar    serta 3 contoh kegunaan rangkaian
3.              Memilih medium rangkaian yang sesuai mengikut situasi yang diberi
4.              Mengenalpasti kelebihan penggunaan rangkaian dan kelebihan rangkaian wayar atau tanpa wayar.
5.              Meramal dan memberi justifikasi perkakasan lain yang boleh dirangkaikan berdasarkan konsep rangkaian yang dipelajari dalam kehidupan seharian
6.              Melakar satu model rangkaian di rumah yang menghubungkan 4 perkakasan secara kreatif dan inovatif.
2.0           Memahami
Fungsi Peranti
Rangkaian
Komputer


( 4 Jam )

1.        Menamakan peranti rangkaian:
i.            kabel rangkaian
ii.          kad antaramuka rangkaian (NIC)
iii.         wireless card/adapter
iv.         hab
v.          suis (switch)
vi.         modem
vii.       penghala (router)
viii.      Titik Capaian Tanpa Wayar (Wireless Access Point)
2.     Menerangkan fungsi peranti rangkaian
3.     Menilai dan membanding keupayaan peranti rangkaian
1.              Menama dan menyatakan fungsi peranti rangkaian yang dipelajari
2.              Menunjuk, menama dan menyatakan fungsi 4 peranti rangkaian apabila diminta
3.              Memilih peranti rangkaian yang perlu ada bagi menyediakan rangkaian wayar atau tanpa wayar
4.              Mengenalpasti kesan jika sesuatu peranti rangkaian tidak berfungsi
5.              Menilai dan membentang hasil carian mengenai keupayaan sesuatu peranti rangkaian
6.              Melakar peranti rangkaian masa depan yang mempunyai pelbagai fungsi secara kreatif dan inovatif




3.0       Mengenal
Internet


( 8 Jam )
1.     Menyatakan maksud Internet
2.     Menyenaraikan perkhidmatan Internet
3.     Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND,OR), berfrasa(“ “) atau simbol ( *)
4.     Menyebarkan maklumat menggunakan mailing list    dalam buku alamat e-mel.
5.     Mengelas jenis laman web: komersial, peribadi, organisasi, hiburan, berita dan sosial
6.     Menyenaraikan kebaikan dan keburukan Internet
7.     Menghasilkan laman blog persatuan atau kelab secara berkumpulan .

1.     Menyatakan maksud internet dan menyenaraikan perkhidmatan internet yang diketahui.
2.     Menyenaraikan laman web mengikut kategori yang betul melalui carian yang dibuat.
3.     Mencari laman web yang spesifik dengan satu cubaan dan menyebarkan kepada rakan melalui e-mail
4.     Membuat perbandingan antara 2 jenis laman web dan membuat pembentangan
5.     Membuat penilaian terhadap kandungan bahan yang dimuat naik atau muat turun dari aspek etika dan kesan terhadap diri dan masyarakat
6.     Menghasilkan blog secara kumpulan yang mengandungi teks, imej dan hiperlink secara kreatif dan inovatif

No comments:

Post a Comment

jom tonton