Objektif


TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN

Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.

MATLAMAT

Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmuTMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik.

OBJEKTIF

Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:
i. Memahami tentang perisian dan peranti komputer.
ii. Memahami ukuran data dan keselamatan komputer.
iii. Menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk membangunkan persembahan multimedia tak linear.
iv. Memahami rangkaian komputer dan fungsi internet.
v. Memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data.
vi. Mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk membangun aturcara.
vii. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

PERANCANGAN KANDUNGAN

TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan diterjemahkan kepadadomain pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemua modul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Penerangan setiap modul adalah seperti berikut:

  1. Modul
  2. Penerangan
  3. Dunia Komputer

Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mempelajari bagaimana sebuah sistem komputer itu berfungsi, memahami fungsi perisian dan peranti yang terlibat, berupaya memanipulasi ukuran data, serta mampu menjaga keselamatan data dan komputer.

Eksplorasi Multimedia
Eksplorasi Multimedia diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan bagaimana maklumat dipersembahkan dalam bentuk multimedia, membina bahan multimedia
menggunakan aplikasi khusus dan membangunkan persembahan multimedia interaktif tak linear.

Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
Modul ini merangkumi topik rangkaian dan internet secara teori dan amali. Murid akan diberikan pengetahuan mengenai rangkaian yang membolehkan komputer berinteraksi antara satu sama lain, perkhidmatan dalam Internet serta kemahiran membangunkan lamanBlog.

Dunia Pangkalan Data
Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mengenali data dan maklumat, mempelajari ciri-ciri pangkalan data dan jenis data dalam pangkalan data serta membangunkan satu sistem pangkalan data yang mudah.

Pengaturcaraan
Modul ini akan melatih murid belajar menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan. Murid juga akan mempelajari proses yang terlibat dalam membangunkan sesuatu aturcara melalui pendekatan pembangunan aturcara yang sistematik dan mudah.

Modul yang dibangunkan ini berasaskan kepada objektif yang digariskan dan diterjemahkan dalam bentuk standard kandungan dan standard pembelajaran. Penekanan kepada 3 domain pembelajaran akan menghasilkan perkara-perkara seperti berikut:

FOKUS 

Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus diberikan kepada penguasaan illmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan SK dan SP dalam lima modul yang diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.

Pengetahuan
Pengetahuan meliputi perkara di bawah:
a. Konsep, fakta dan terminologi TMK.
b. Pemikiran logik dalam membuat dan melaksanakan sesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK.

Kemahiran 
Kemahiranyang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran TMK adalah seperti berikut:
a. Kemahiran penyelesaian masalah.
b. Kemahiran pemikiran logik.
c. Kemahiran pengurusan maklumat.
d. Kemahiran manipulatif.
e. Kemahiran menaakul.
f. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi.

Nilai
Murid belajar menggunakan TMK melalui penerapan nilai, etika dan integriti seperti berikut:
a. Nilai: menanamkan sifat jujur, amanah, tertanggungjawab, bekerjasama, cekap dan bijaksana.
b. Etika: melahirkan sikap akauntabiliti iaitu satu prinsip di mana murid bertanggung jawab atas segala tindakan mereka dan perlu menjelaskan tindakan yang diambil kepada orang lain. Murid juga perlu mematuhi undang-undang siber.
c. Integriti: memperihalkan perlakuan murid yang mengamalkan semua nilai dan etika dalam melahirkan murid yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai jati diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan, seterusnya dapat menyumbang bakti kepada negara, bangsa dan agama.

PELAKSANAAN
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah sebanyak 60 minit seminggu diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau setara layak untuk mengajar mata pelajaran ini. Bagi guru yang tidak berkelayakan tetapi berminat mengajar mata pelajaran ini mereka perlu menjalani kursus khas.

KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM TMK
Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum Tahap II terdiri daripada lima modul iaitu
Dunia Komputer,
Eksplorasi Multimedia,
Sistem Rangkaian dan Dunia Internet,
Dunia Pangkalan Data; dan
Pengaturcaraan.

Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Standard Kandungan dalam lingkungan Standard Pembelajaran akan diperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Standard kandungan yang terdapat dalam setiap modul adalah seperti berikut:

Modul: Dunia Komputer
1.0 Memperihal Komputer dan Fungsinya
2.0 Mengenal Perisian Komputer
3.0 Memahami Peranti Komputer
4.0 Memahami Ukuran Data
5.0 Menjaga Keselamatan Data dan Komputer

Modul: Eksplorasi Multimedia
1.0 Mengkaji Multimedia
2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Membangun

Bahan Multimedia
3.0 Membangun Persembahan Multimedia Interaktif Tak
Linear

Modul: Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
1.0 Mengenal Rangkaian Komputer
2.0 Memahami Fungsi Peranti Rangkaian Komputer
3.0 Mengenal Internet Modul: Dunia Pangkalan Data
1.0 Memahami Data dan Maklumat
2.0 Mengenal Sistem Pangkalan Data
3.0 Membangunkan Sistem Pangkalan Data

Modul: Pengaturcaraan
1.0 Memahami Pengaturcaraan
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod Pseudo dan Carta Alir
3.0 Mengaturcara dan Menguji
4.0 Menghasilkan Projek Pengaturcaraan

PERKAKASAN DAN PERISIAN
Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah adalah seperti berikut:
a. Perkakasan di Makmal
   -  Komputer
   -  Pelayan
   -  Komputer (PC) guru
   -  Komputer (PC) murid
   -  Pengimbas
   -  Mesin Cetak
   -  Kamera dan Video Digital
   -  Mikrofon dan pembesar suara
b.  Perkakasan untuk guru
   - Komputer riba
   - Projektor LCD
c. Perisian Perisian
    - Sistem Pengendalian Windows,
    - Linux dan
    - Mac
d. Perisian aplikasi
    - Microsoft Office atau
    - StarOffice dan
   -  Pembangun aturcara SCRATCH Program utiliti seperti alat pemain media (Windows Media Player),              perakam bunyi (Sound Recorder) dan kalkulator
d. Kemudahan Internet
    - Talian akses Internet

Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti mempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan untuk muat turun perisian percuma yang berkaitan dengan mata pelajaran. Guru harus sesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan perkakasan dan perisian yang ada disekolah.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermatlamat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiranabad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran kepimpinan, profisiensi dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT
Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta
Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment

jom tonton